Kerjaya Khodi (penyanyi)

Khodi mula membuat persembahan secara suka-suka pada usia 8 tahun, kemudian membuat persembahan pentas pada usia 10 tahun.[1] Beliau melancarkan lagu sulungnya, "Ke Mana" pada November 2019, hasil ciptaan pasangan kembar, Amzar dan Amsyar di bawah nama Razqa.[3][4]

Pada 25 Februari 2020, Khodi bersama Aisha Retno dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[5]

Khodi kemudian menyertai rancangan realiti Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) di TV3 yang mana beliau berpasangan dengan Muhaimin. Selepas tamat rancangan itu, beliau melancarkan single keduanya, "Lenggang" pada Februari 2021.[6][7][8] Khodi kemudian melancarkan single ketiganya, "Dia Bagiku" pada April 2021, ia menjadi lagu tema drama Terlalu Lama arahan pelakon Ungku Ismail Aziz.[9]

Rujukan

WikiPedia: Khodi (penyanyi) https://www.budiey.com/lenggang-khodi/ https://gempak.com/berita-terkini/khodi-aisha-retn... https://gempak.com/berita-terkini/khodi-razqa-tamp... https://gempak.com/berita-terkini/khodi-teringin-k... https://www.instagram.com/kidkhodi/ https://twitter.com/kidkhodi https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://api.hmetro.com.my/rap/2020/01/536521/perli... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/02/677994/khodi... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/695350/engga...